Thursday, March 29, 2018

Lala @ Retak Seribu Masak Lemak Putih & Masak Pedas

Untuk penyediaan, apa yang penting perlu kita buat ialah jangan lupa untuk membersihkan lala dengan cara merendamnya di dalam air yang telah diletakkan dengan garam. Biarkan beberapa minit agar pasir serta kotoran dalam lala itu keluar dan kebersihan terjamin..insha Allah.

Bahan-bahannya:
*******************
500g lala dibersihkan satu2
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 cm halia dihiris halus
1 tangkai daun ketumbar dihiris
2 cawan santan
2 batang serai diketuk
Garam & sedikit gula pengganti MSG
1 biji cili hijau - hiasan
1 biji cili merah - hiasan

Cara-caranya :
****************
Tumis bawang merah, bawang putih & halia hingga wangi. Masukkan santan, serai & lala. Kacau supaya santan tidak berketul & masak hingga mendidih dan tunggu sehingga lala masak. Masukkan hirisan batang dan daun ketumbar. Sesuaikan rasa dengan garam & sedikit gula. Siap utk dihidangkan.

Lala Masak Pedas

Bahan-bahan yang diperlukan:
********************************
1 kampit lala dicuci bersih
3 biji bawang besar – dikisar

2 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia – dikisar
5 sudu besar cili kering kisar (saya campur 1 sb Korean chili paste)
2 sb sos cili
1 sb sos tiram
2 batang serai dititik
1-2 biji telur dipecahkan
Sedikit garam & gula, sesuaikan dengan 3 rasa, manis, masam & sedikit masin
Minyak masak untuk menumis
Sedikit air asam jawa atau 1 asam keping

Cara-cara untuk membuat:
****************************
Tumis bawang merah dan halia serta serai terlebih dahulu.Bila dah kekuningan, masukkan cili kisar.

Tumis lagi sehingga garing dan masukkan sedikit air. Masukkan sos cili, sos tiram. Biarkan mendidih. Masak hingga kuahnya jadi pekat. Letak sedikit air asam jawa.
Baru masukkan lala, kuatkan api, tutup kuali dan biarkan ia masak dalam tempoh 6-8 minit. (Pastikan tidak memasak terlalu lama kerana isinya akan mengecut.)
Masukkan garam & gula dan sesuaikan dengan rasa yang anda kehendaki. Pecahkan telur jika suka..Boleh juga kalau nak letak daun bawang, daun ketumbar ataupun daun sup sebagai penyerinya.

Sedia untuk dihidangkan.

4 comments:

  1. sis selalu masak manis ngan serai siput tu n makan ratah tanpa nasi. sedapppp =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap klu letak serai..saya pun suka ratah kosong tapi tak tahan bila makan seafood rasa gatal2 kt muka

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...