Alhamdulillah, tak menghampakan 1st time petang tadi saya buat lapis sagu coklat mocha..dari segi rasa & lapisnya menjadi. Ikutkan yg putih/original tu klu nak bagi putih cerah, rupanya ada pewarna khas utk putih melepak..saya tak letak..just warna santan original.
Buat petang tadi..belajar sendiri je dr negara seberang..kat sini org dok buat kelas rm200 ke atas..huhuhu..selamat duit saya.
Di sini saya kongsi resepinya, asalnya kuih lapis coklat, tapi saya tambah serbuk instant kopi (jenama apa2, mcm saya guna nescafe sachet yg 2gm) utk mendapatkan 3 warna yg berbeza.
Kuih Lapis Sagu Coklat Mocha:
•300gm tepung sagu (tp saya ganti tepung ubi kayu sbb susah nak jumpa di tempat saya)
•150gm tepung gandum
•400gm gula pasir (saya guna gula castor)
•1 sk garam
•1200ml santan dari 2 biji kelapa, nak senang guna je 2 kotak kecil santan kara, bancuh sampai jadi sukatan 1200ml.
•pewarna coklat jenama star brand, 1 sudu besar serbuk coklat, dan 2 sachet nescafe yg 2gm (lebih kurang 1 sudu besar kot).
Cara-caranya:
•Santan dan gula di masak terlebih dahulu sehingga mendidih & gula hancur menjadi sebati. Masukkan garam sekali. Dah masak ketepikan dan tunggu sejuk.
•Siapkan loyang 10 x 10 inci dan sapu minyak. Lapik plastik lagi senang sapu minyak je atas plastik tu.
•Panaskan kukusan sehingga keluar wap, boleh masukkan loyang.
•Campurkan semua bahan diatas dan kacau sehingga sebati & tidak berketul2 atau boleh di tapis untuk mendapat adunan yang cantik.
•Bila adunan dah siap, bahagi adunan itu kepada 3 bahagian iaitu 1 original(putih), 2 bahagian lagi utk coklat dan mocha kopi.
•Untuk lapisan pertama tuang perisa coklat, disusuli original dan mocha. Kukus selama 5 minit dan teruskan bergilir2 sehingga adunan habis.
•Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 15 minit.
•Bagi mendapat hasil yang cantik, hendaklah dikeluarkan dari bekas apabila sudah sejuk. Utk teknik potongan yg kemas guna pisau plastik..selamat mencuba, kesabaran yg sangat penting..
No comments:
Post a Comment