Di bawah adalah caption saya semasa menulis resepi dalam instagram untuk peraduan yang dianjurkan oleh produk keluaran jenama Mahsuri. Alhamdulillah saya telah memenangi hadiah saguhati. Walaupun bukan hadiah utama, ia tetap menjadi pendorong untuk saya terus memasak & mencuba pelbagai resepi untuk masa2 akan datang.
"Daging Lada Hitam ni favourite anak bongsu saya..setiap kali saya beli daging mesti dia suruh saya buatkan daging kicap. Kalau lama tak makan siap cakap, "dah lama la umi tak buat daging masak kicap". Pada kebiasaannya saya menggunakan kicap lemak manis biasa, sejak Mahsuri dah keluarkan perisa pedas ni, kerja saya lagi mudah sbb tak susah2 nak masukkan banyak cili giling dan resepi saya menjadi semakin sedap. Walaupun resepinya nampak simple tapi dengan sedikit minyak bijan ia menjadi bertambah istimewa".
#MahsuriMy
#mahsuri
#30HariMencariResipi
Bahan perap:
*************
•300gm daging lembu
•1/2 sdt serbuk lada putih
•1/2 sdt garam
Bahan Tumis:
*************
•1 biji bawang merah sederhana besar di potong halus
•2 biji bawang putih - potong halus
•1 biji cili hijau potong panjang •1 biji cili merah potong panjang
•1/2 sb sos tiram Mahsuri
•1/2 sb minyak bijan
•2-3 sb kicap manis pedas Mahsuri
•1 sb sos black pepper
•1 sdt serbuk lada hitam
•1/2 sdt gula
•150ml air
*Hiasan : daun bawang, daun ketumbar, bawang holland potong bulat dan cili potong memanjang
Cara membuatnya:
******************
Daging disapu dengan garam dan lada, dan dibiarkan sebati selama 15 minit. Panaskan minyak dan masukkan daging yg diperap tadi dan masak sampai berubah warna dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang sama masukkan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga wangi. Masukkan sos tiram, minyak bijan, kicap manis pedas, sos black pepper, serbuk lada hitam dan gula. Kemudian tambahkan air. Masak hingga air meresap dan daging empuk dan sebati dalam api yg perlahan.
Tambahkan potongan lada hijau, merah dan bawang holland dan kacau rata hingga layu. Angkat dan hiaskan dgn daun bawang, daun ketumbar dan boleh disajikan.
No comments:
Post a Comment