Malam sabtu ni malas nak keluar makan, masak pun malas..tapi terfikir pula apa masakan yg paling cepat disediakan. Apa yg nampak kat dapur ialah mee kering..terfikir apa kata buat murtabak maggi. Lagipun saya tak pernah membuat murtabak menggunakan maggi sebelum ini. Bahan untuk menyediakan pun agak senang, so saya terus mencari resepi di internet. Saya menggunakan resepi yatiememories, dan anak2 menyatakan ia sangat sedap. Tapi resepi saya tidak menggunakan perencah kerana saya membeli mee kering tanpa perencah. Inilah hasilnya:
Pada sebelah petang saya juga telah membuat sejenis manisan yang bernama Panna Cotta. Panna Cotta adalah salah satu manisan yang dihidangkan selepas menu utama. Kebiasaannya dihidangkan oleh restoran yang menyediakan makanan ala western food. Rasanya yang manis dan teksturnya yang sangat lembut dan amat sesuai dihidangkan bersama coklat ganache atau sirap buahan membuat ramai orang menggemarinya. Sajian ini berasaskan susu dan bagi yang kurang menggemari makanan berasaskan susu adalah sangat sukar untuk menikmatinya. Masa untuk menyediakan sangat cepat tapi untuk menikmatinya ia perlu disejukkan terlebih dahulu. Jom layan Panna cotta saya:
Panna Cotta with Chocolate Ganache
Saya menggunakan resepi Jamie Oliver
No comments:
Post a Comment