Petang ni rasa nak makan kat luar, so saya ajak Kakak dan adik ke Star Avenue. Dia orang kata nak makan pasta, tapi klu pasta yang sedap Big Brother @ Secret Recipe. Kakak kata makan kat Secret Recipe je la sebab Carbonaranya sedap. Saya kata makan kena budget sebab umi tahu harga kat sana boleh tahan tau, kena jimat2. Saya sebenarnya nak ajar mereka cara berjimat dan makan mengikut keperluan tanpa membazir. Kalau dah kerja besok, jangan ingat nak makan sedap je, kena pandai berjimat baru hidup selamat..keke. Kakak order Carbonara, saya order Fish Fillet dan adik order burger. Jom layan makanan kami bertiga..nyum2.
Spaghetti Carbonara
Kid's Meal Burger
Caribbean Style Fish Fillet
No comments:
Post a Comment