Masuk bulan May ni, kakak cadangkan kepada saya supaya membuat cheese tart untuk di jual kepada kawan2 sekolahnya. Asalnya macam malas, tapi dia berhasrat untuk mendapat duit sampingan hasil dari menjual cheese tart itu. Saya pun mula mencari bahan2 untuk membuat cheese tart dan setengah bahan sudah ada saya beli sebelum ini. Hanya filling blueberry dan strawberry yang belum ada. So saya telah ke kedai bakeri di Subang Perdana untuk mendapatkan bahan2 yang belum ada lagi.
Saya rasa gembira dengan hasil jualan kakak untuk hari pertama kerana semua habis terjual. Mungkin cheese tart ni makanan kegemaran budak2 sebab ia tidak terlalu manis dan sangat berkrim. Jualan hari ke-2 pun still habis terjual dan En suami mencadangkan kepada saya terus membuat cheese tart untuk menambahkan hasil jualan dan yang penting bukan kerana duit tapi atas hobi dan minat. Dengan cara ini, kemahiran saya semakin tinggi dalam menghasilkan cheese tart. Pada minggu berikutnya, saya membuat cheese tart dengan banyak dan kakak telah membawa ke sekolah seperti biasa. Setelah beliau balik pada tengahari itu, dia membahagi duit hasil jualan dan ternyata usaha penat lelah saya berbaloi dan semuanya habis terjual.. Alhamdulillah. Setakat ini sudah 4 kali kakak membawa cheese tart ke sekolah, dan semuanya habis..terima kasih Ya Allah kerana membuka peluang untuk saya berniaga walaupun secara kecilan.
Bila hasil jualan kita laris, hati rasa gembira kerana orang suka apa yang kita hasilkan. Sebetulnya minat saya untuk membaking terus membuak2 kerana saya buat cheese tart atas dasar hobi, minat, cita-cita dan seterusnya dapat menambahkan pendapatan peribadi saya walaupun secara kecil-kecilan. Saya sedang mencari idea untuk menjual makanan yang belum lagi dijual kerana ingin mengurangkan persaingan dengan peniaga lain. Dengan ini, akan menggalakkan kita berusaha untuk mendapat lebih yang terbaik dan tersendiri. Ini antara cheese tart yang saya hasilkan:
Crust yang saya hasilkan
Baru keluar oven
Dah siap packing
No comments:
Post a Comment