Hari ni sempena Israk Mikraj, sekolah agama cuti dan si kecik tak ada sekolah agama la. Lepas dia balik dari sekolah, saya dan en suami bercadang hendak pergi cari makan kat Star Avenue. Hajatnya nak cuba makan dekat food court di Next Food Emporium Tingkat 4. Bila sampai di sana, mulalah fikir nak makan apa ni kerana banyak sangat kiosk dengan pelbagai makanan yang disediakan. En suami kata nak cari nasi dan sup, dan si kecik nak makan nasi ayam. Setelah memesan makanan untuk si kecik, saya cuba mencari kiosk mana yang menjadi pilihan untuk saya memesan makanan nanti. Akhirnya, pilihan hati saya adalah Mee Bandung di Kiosk Mee Bandung Muar. Harga makanan di setiap kiosk bermula dari RM6 dan harga sangat berbaloi dengan makanan yang kita pesan. Mee bandung yang saya pesan sangat sedap kerana kuahnya pekat, semua cukup rasa dan saya akan mencuba lagi, insha Allah.
En suami telah memesan Nasi Daging dan sup daging di kiosk Koqdiang dan Sup. Saya ada mencuba sedikit nasi daging tu, dan memang sedap hidangan nasi daging seakan nasi minyak. Rasanya ini kali pertama saya mencuba nasi daging. Sup daging pun tidak kurang sedap rasanya. Kos untuk 2 makanan itu ialah RM12. Si kecik memesan nasi ayam di kiosk Nasi Ayam dan Soto dan rasa nasi ayam sangat sedap dan sangat memuaskan.
Antara hidangan yang kami makan petang ini:
Antara hidangan yang kami makan petang ini:
Nasi ayam
Nasi daging
Mee bandung
No comments:
Post a Comment