Saya sangat teruja dan gembira kerana AEON Mall telah dibuka di negeri Kelantan secara rasmi pada 28 April 2016 yang bertapak di Lembah Sireh dan merupakan kawasan strategik yang sedang rancak membangun serta berhampiran juga dengan Pasaraya Tesco. Saya sebagai rakyat negeri Kelantan sangat berbangga akan kewujudan pasaraya Aeon yg ke 4 terbesar ini memandangkan negeri Kelantan baru pertama kali mempunyai pasaraya yang paling besar. Dengan pembukaan AEON Mall ini akan memberi dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk negeri Kelantan tanpa perlu berhijrah ke luar negeri seperti ibu kota besar Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Bagi usahawan tempatan, peluang ini terbuka luas untuk menambah hasil pendapatan melalui aktiviti perniagaan mereka seperti usahawan batik, produk makanan tempatan, produk tempatan seperti kraftangan dan tenunan songket Kelantan dengan membuka dan menyewa perniagaan mereka di sana.
Seterusnya, ia juga dapat menambahkan hasil pendapatan negeri Kelantan dengan kemasukkan jiran negeri dan negara lain yang berdekatan seperti Terengganu dan Thailand. Contoh yang paling ketara iaitu rakyat Terengganu yang tinggal berhampiran sempadan negeri iaitu di Setiu, Besut yang sebelum ini telah lama mengamalkan tradisi membeli belah di bandar Kota Bharu untuk sesuatu masa seperti menyambut perayaan besar. Ini berikutan ibu negeri iaitu Kuala Terengganu sangat jauh berbanding Kota Bharu. Maka setiap kali menyambut perayaan besar, bandar Kota Bharu dibanjiri rakyat tempatan dan jiran negeri yang turut sama mengambil peluang untuk membeli belah barangan keperluan sebelum sambutan perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina.
Berita penuh dalam Utusan Mengenai AEON Mall Kota Bharu

No comments:
Post a Comment