Wednesday, May 11, 2016

Brands Outlet Star Avenue

Esok En suami akan berangkat ke Korea, dia mengajak saya ke Brands Outlet Star Avenue Subang Bestari untuk mencari baju yang boleh mengurangkan sejuk untuk malam semasa beliau berada di sana. Kali pertama menjejak kaki ke Brands Outlet di Star Avenue dan apa yang saya boleh katakan harga pakaian yang dijual di sana sangat murah kerana setengah tu ada buy 1 free 1 contohnya dengan harga RM79. Saya tertarik dengan blouse wanita yang dijual kerana sangat sesuai dengan citarasa saya yang sukakan design simple dan warna yang tidak begitu terang. Mungkin saya akan membeli untuk raya nanti kerana niat asal untuk mencari baju En Suami. Akhirnya baju yang En suami cari dah jumpa dan harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan kualiti kain dan jahitannya iaitu RM49. 

Setelah keluar dari Brands Outlet, En suami kata lapar dan dia nak makan nasi. Dia terasa nak makan sup tulang rusuk dekat Satay Station. Sebelum ini dia pernah makan sup itu dan makanan itu memenuhi citarasanya. Saya ikut je, janji dia boleh makan apa yang dia inginkan. Dia memesan sup tulang rusuk, telur dadar dan nasi kosong tetapi pelayan memberitahu nasi kosong tiada. En Suami telah memesan nasi goreng kampung sebagai gantinya. Saya hanya memesan mee rebus kerana saya sudah makan nasi pagi tadi. Makanan yang kami pesan semuanya sedap dan mungkin boleh datang lagi.

Nasi Goreng Kampung

Sup Tulang Rusuk

Mee Rebus

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...