Wednesday, April 27, 2016

Setiap rumah wajib ada Printer multifungsi

Dengan keadaan zaman sekarang yang serba canggih, dunia teknologi memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan kita terutama sekali dunia teknologi maklumat. Lihatlah dunia pelajar hari ini, mereka dikejar dengan menimba ilmu yang sangat mencabar dengan mencari seberapa banyak ilmu untuk mereka terus berjaya. Tanpa ilmu, masa depan pelajar itu akan rugi dan tidak mempunyai apa2 bekalan untuk menjadi pelengkap diri dalam dunia moden hari ini. Apa yang ingin saya ketengahkan adalah mengenai tugas harian sebagai pelajar dan kita sebagai ibubapa juga turut berperanan  penting membantu mereka untuk terus berjaya seperti menyediakan kelas tuisyen, melengkapkan bahan bacaan, menolong untuk memberi sumbangan tenaga dan duit bagi menjadikan mereka insan yang berguna untuk kita dan negara.

Jika kita lihat, anak2 kita sentiasa diberi kerja khusus oleh guru untuk disiapkan yang memerlukan banyak kerja2 salinan dan mencari bahan sumber rujukan yang biasanya perlu dilakukan dirumah menggunakan komputer. Sebagai mana yang kita ketahui, Sumber rujukan kerja khusus seperti itu banyak menggunakan komputer dan mesin fotostat serta memerlukan pelajar mencari info penting di komputer dan membuat salinan cetakan menggunakan mesin fotostat. Setiap rumah di Malaysia digalakkan memiliki sebuah mesin fotostat atau printer untuk memudahkan pelajar membuat salinan yang dikehendaki tanpa perlu keluar ke Kedai alat tulis. Bila mempunyai mesin fotostat atau printer kerja yang diberikan oleh guru dapat disiapkan dengan cepat oleh pelajar. Saya juga telah lama bertindak secara bijak sejak mula2 anak melangkah ke alam sekolah rendah lagi dengan membeli sebuah mesin fotostat khas untuk mereka.

Mesin fotostat atau printer sangat penting untuk digunakan sebagai mencetak, membuat salinan, dan scan kerja khas. Kita tidak perlu membuang masa untuk keluar ke kedai stationaries untuk membuat salinan yang cikgu berikan. Pilihan printer juga amat penting, contohnya ia mempunyai banyak aplikasi  untuk memudahkan kerja2 salinan dan cetakan. Saya telah menggunakan 3 jenama berbeza sebelum ini tetapi atas faktor toner dan ink yang tidak berkualiti printer saya tidak berjalan dengan sempurna sehinggalah saya membeli jenama kegemaran saya iaitu Hewlett Packard (HP).

Saya lebih mementingkan kualiti dan jenama yang dipercayai. Model HP yang saya miliki ialah LaserJet Pro 100 color MFP M175. Model ini memiliki ketepatan dalam cetakan dengan kualiti cetakan teks sangat jelas, terang, bersih dan menarik pada dokumen teks hitam dan berwarna. Ini dapat membantu mutu cetakan dan salinan dokumen untuk kami sekeluarga dengan baik dan betul2 berpuashati. Seterusnya dapat menyelesaikan masalah kerja sekolah anak-anak dengan teratur.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...