Sunday, April 3, 2016

Puding Raja En Duta Kelantan

Saya mula mengenali puding raja melalui seorang home chef yang menjual puding raja ini secara komersil di negeri Kelantan. Saya tidak pernah merasa puding raja memandangkan kesukaran untuk membuat dan mencari orang yang menjual puding raja di negeri Selangor ini. Kebetulan home chef (En Duta Kelantan) ada short course baking berhampiran tempat tinggal saya, jadi saya telah memesan 2 bekas untuk mencuba akan kelazatan puding raja yang banyak diperkatakan. 

Setelah balik dari berjumpa dengan En Duta Kelantan untuk mengambil pesanan puding raja, sesampainya di rumah saya terus mencuba dan ternyata apa yang diceritakan selama ini sangat menggembirakan saya kerana puding raja ini betul2 santapan diraja yang sangat lazat. Kali pertama saya baru merasa puding raja untuk 38 tahun yang sebelum ini tidak pernah sekali saya mencuba. Syabas diucapkan kepada En Duta Kelantan kerana menyediakan resepi asli puding raja yang saya sendiri tidak boleh menyediakan dan dapat menandingi kehebatan En Duta Kelantan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...