Tengok orang dok share picture tortilla kat blog dan whasup boleh buat tahap teringin nak cuba semakin menjadi2. Petang ni, kawan pulak share kat group whasup tortilla dia buat, lagi lah memberontak nak buat juga campur terliur tengok kari daging dia. Kebetulan dah dekat waktu makan malam, saya usahakan buat adunan secepat yang boleh. Sementara merehatkan adunan yang siap di uli di bawah kain lembap, tanpa berlengah saya menyediakan bahan untuk membuat kari ayam untuk dicicah bersama tortilla. Dalam masa tak sampai 2 jam, tortilla bersama kari ayam sudah siap. Saya terpaksa menyediakan makan malam awal kerana pukul 9 saya akan ke Kelas Al-Quran & Tajwid di Subang Suria.
Inilah hasil yang kali pertama saya cuba buat, Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment