Friday, March 18, 2016

My mango tart

Percubaan kali pertama tidak menghampakan, walaupun apa yg dihasilkan menggunakan resepi online. Perbatasan waktu menyukarkan saya untuk mengikuti kelas masakan di luar dengan komitmen penuh terhadap anak2 yang bersekolah, tuisyen dan aktiviti sukan mereka di hujung minggu. Dengan teknologi sekarang yang semakin canggih, resepi secara online sudah berlambakan yang disediakan oleh chef amatur, surirumah, dan penulis blog masakan. Janji ada bahan, semua boleh jadi.

Petang ni, dengan semangat nak juga makan tart mangga ni saya ke kedai membeli bahan yang kehabisan iaitu susu segar dan mangga. Kebetulan buah mangga yang ada kat kedai runcit tu cantik2, besar dan segar, saya terus beli sebab dah tak payah fikir nak pergi jauh untuk mendapatkan mangga. Hasil sepetang ni, maka terhasillah tart mangga atau bahasa omputih mango tart.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...