Cuti sekolah ni saya tak balik kampung atau bercuti ke mana2 kerana En Suami outstation ke Cambodia. Misi pie apple dah lama terpendam, time cuti ni buat apa lagi, peluang jangan di sia-siakan. Pie apple ni kita memerlukan 2 kali kerja baru boleh menghasilkan dessert yang di anggap bagus untuk kesihatan kerana ia mengandungi serbuk kayu manis dan epal hijau. Kemanisan filling ni bergantung atas kemahuan kita, kalau nak manis lebih gula, kalau tak nak manis kita kurangkan brown sugar tu. Dengan hari yang bersejarah ini, maka pie apple telah diselesaikan oleh saya bagi menyempurnakan misi yang dah bertahun untuk di langsungkan.
No comments:
Post a Comment