Saya teringin nak makan ketupat, kebetulan rezeki saya pergi rumah kawan yang hendak pergi menunaikan umrah dia bagi sedikit daun palas yang dibawa oleh emaknya dari Kelantan. Seronok juga dapat daun palas sebab kat Selangor ni boleh jumpa kat pasar time nak raya dan selepas raya untuk majlis rumah terbuka.
Balik je dari rumah kawan, malam tu juga saya membuka daun2 palas untuk di buat ketupat nanti. Walaupun nak buat awal tapi plan tak menjadi atas kesibukkan dengan bisnes sandwich saya. Akhir persekolahan tahun 2017 saya tak menang tangan dengan tempahan sandwich dan terpaksa menolak sebahagian tempahan untuk keselesaan saya apabila membuat order tanpa terkejar-kejar.
Ini antara hasil ketupat yang saya buat hasil daripada tangan saya sendiri walaupun tidak sekemas emak membungkusnya. Tadaaa...hasil pertama saya membuat ketupat..
Ini antara hasil ketupat yang saya buat hasil daripada tangan saya sendiri walaupun tidak sekemas emak membungkusnya. Tadaaa...hasil pertama saya membuat ketupat..
Daun palas yang siap dibuka
Ketupat yang siap dibungkus
akak tak pandai bungkus ketupat palas. setiap tahun sediakan ketupat daun pisang ja...
ReplyDeleteSaya pun baru pandai setahun dua ni je pun, dulu klu bungkus tak dapat mcm tu asyik dpt yg ketupat jantan je..
Delete