Sunday, November 26, 2017

Sambal Pedas Telur Puyuh


Menu tengahari tadi saya masak sambal pedas telur puyuh. Baru berkesempatan membuat sambal pedas ni memandangkan jarang2 bertembung kat kedai. Resepinya sangat senang iaitu:

10 biji cili kering (direndam dlm air panas)
1 biji bawang merah sederhana. besar
1/2 labu bawang holland 
3-4 biji bawang putih
1/2 inci halia jika suka
(bahan2 di atas di kisar halus)
20 biji telur puyuh direbus terlebih dahulu
Garam & gula secukup rasa
1 asam keping @ blh juga guna air asam jawa
Minyak utk menumis
Bwg holland di potong bulat utk hiasan
Sedikit daun bawang utk hiasan

Cara2nya:

Panaskan kuali, masukkan minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan2 yg di kisar tadi. Tumis sehingga garing dan naik minyak. Masukkan asam keping @ air asam jawa bersama gula dan garam secukup rasa. Last sekali masukkan telur puyuh bersama hirisan bawang holland. Boleh dihidangkan..

Lauk tambahan pelengkap sambal telur puyuh:

Ikan singgang kunyit ala Terengganu

Ayam goreng berempah




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...