Bahan-bahan:
12 keping roti putih/gardenia (saya tak buang kulit tepi)
1 tin susu cair (saya campur 1 cawan susu segar sbb susu cair tak cukup)
1/2 santan kotak
3 biji telur
2 sudu marjerin/butter dicairkan
3/4 cawan gula pasir
2 sudu teh esen vanila
secubit garam
Cara-cara:
1. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih. Sapu loyang dengan sedikit marjerin Ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali roti & kismis. Kacau sekejap untuk melarutkan gula. Boleh juga masukkan dalam blender dan blend hingga gula hancur. Tapiskan dan masukkan dalam mangkuk besar tadi.
3. Rendamkan beberapa keping roti dalam adunan tadi dan ambil sekeping sekeping, susun ke dalam loyang bersama kismis. Ulang hingga habis dan tuang sedikit lebihan adunan ke atas roti.
4. Taburkan kismis dan cherry sebagai hiasan.
5. Kukus roti tadi selama 15 - 20 minit dengan api sederhana besar.
6. Sejukkan ke dalam peti ais dan biar betul2 sejuk baru bole dipotong.
No comments:
Post a Comment