Kek ini dikategorikan kek yang sangat mewah kerana dilimpahi buah strawberi dan cream cheese pada kebiasaannya. Tetapi, bagi saya budak yang baru ingin belajar membuatnya cukuplah sekadar mempunyai lapisan compote jem yang di masak menggunakan gula dan perahan lemon sudah memadai. Ikutkan buah strawberi sudah sehari awal saya membelinya, tetapi tidak berkesempatan untuk membuatnya lagi. Petang semalam (2/9/16) selepas mengambil anak dari sekolah agama, saya masuk ke dapur untuk menyempurnakan misi membuat kek yang sudah lama tergendala. Kebetulan en suami pun ada menyuruh saya membuat sebiji kek, apa lagi tunggu, misi harus diteruskan.
Saya ada merujuk beberapa resepi di internet yang amat mudah dan nampak sedap dan akhirnya terjumpa satu resepi di Resepinya ada di SINI. Bagi saya resepinya sangat mudah di fahami dan jika mengikut langkah2nya pasti tak mengecewakan. Kek ini sangat senang dibuatkan dan cepat masak. Anak2 saya sangat gemarkan kek ini kerana kurang manis kerana saya mengurangkan kandungan gula di dalam kek ini. Jom layan kek pertama saya yang menggunakan buah-buahan.
No comments:
Post a Comment