Cuti 31 Ogos jatuh hari rabu, biasa setiap hari rabu En suami training badminton dekat court badminton sebelah ofis dia di PJ. Anak2 pulak ajak keluar makan, dan memang saya plan malas masak untuk tengahari ni sebab nak keluar makan bersama family. En suami cadangkan tempat yang dekat2 je sebab dia kena pergi training pulak. Ermm..nampaknya Star Avenue je lah yang paling banyak kedai makan. Sampai je di sana, mata mula melilau, tak tahu nak makan apa..so saya mula2 yang nampak Restoran Organic Fried Chicken. Rupanya cadangan saya di terima..apa lagi makan ayam goreng la tenghari ni walaupun dalam plan pertama nak cari nasi..hahaha.
Ayam gorengnya sangat garing dan sedap setaraf dengan restoran ayam goreng yang glamer dan berjenama di Malaysia ni. Ayamnya besar2, dan yang paling saya suka spicy dan crunchy. Apa yang penting, restoran ini menawarkan ayam orgnik yang betul2 bebas dari bahan kimia, diternak secara organik dan tidak disuntik, tanpa penggunaan MSG, kaya antioksida serta yang paling penting HALAL dan berkualiti. Anda semua boleh cuba ke restoran Organic Fried Chicken kerana sambil makan anda dapat membantu mempromosikan ayam organik ini kepada semua dan dapat meningkatkan pendapatan usahawan bumiputera kita setaraf restoran besar yang lain.
Burger pun sedap!!!
No comments:
Post a Comment