Hari ini aku dan suami bercadang untuk membuat shell out kat rumah sempena mak, ayah, adik beradik pun ada yang nak datang ke rumah. Selepas menghantar Nashidah ke latihan taekwondo di Sksb, aku bersama mak dan adikku Ana terus pergi ke pasar di Segi Supermarket untuk mencari segala jenis seafood untuk menyempurnakan misi bershell out di rumah. Selesai membeli seafood, aku bergegas ke sekolah semula untuk mengambil Nashidah yg akan tamat latihan pada pukul 12 tengahari.
Setelah pulang, aku bergegas ke dapur untuk membersih lauk2 basah yang aku beli di Segi tadi dan menyediakan bahan untuk memasak seperti bawang, sayur untuk dibuat tomyam. Aku memasak satu kuali untuk sos yang akan dicampurkan ke dalam seafood yang aku beli. Percubaan pertama menggunakan resepi sendiri menjadi dan aku sangat berpuas hati dengan citarasa sendiri, yang amat menjimatkan kerana kita dapat mengurangkan kos separuh dari makan di kedai.
Aku juga turut menyediakan kuah dengan memasak satu periuk tomyam untuk mereka yang suka makan nasi bersama kuah. Ramai ahli keluargaku berpuas hati akan masakan shell out ku dan mereka ingin membuat lagi parti shell out di rumahku. Jom layan shell out yang aku masak untuk menjadi inspirasi anda semua untuk mencuba di rumah.
No comments:
Post a Comment