Hari ni dah hari Sabtu, dan pada kebiasaanya En Suami mesti ajak makan kat luar malam ni. Kebetulan besok dia dah kena pergi outstation, so ni lah peluang untuk membawa anak2 berjalan sambil makan. Kami akan ke Citta Mall kerana En Suami hendak ke Money Changer untuk menukar duit Myanmar dan Thailand. Setiap kali suami akan ke oversea, money changer yang biasa beliau pergi adalah di Citta Mall kerana kat situ senang untuk mendapat tukaran duit baru dan nilai yang banyak.
Selesai menukar wang, dia bertanya kepada kami, kat mana kita nak makan ni? Anak2 apa lagi, terus menjawab "Bubbagump Abah.." Kita orang pun setuju, so Bubbagump la malam ni. Lagi pun dah lama tak makan dekat Restoran Bubbagump untuk tahun 2016. Kami sekeluarga memesan 3 menu utama dan mendapat 2 menu percuma untuk kids. Inilah kelebihan jika makan di Chili's, Bubbagump, Italianies, dan seangkatan dengannya kerana mereka menyediakan hidangan percuma untuk kanak2. Sebaagian hidangan yang kami pesan:
Shrimp Mayan Salsa
Chicken Quesadilla
Chicken Finger
Fish & Chips
Speckled Lemonades Strawberries & Secret Mango Sparkler
No comments:
Post a Comment