Thursday, March 24, 2016

Bagaimana nak tunaikan cek 50Usd GlobalTestMarket??

Kepada anda yang mempunyai akaun GlobalTestMarket, mungkin anda pernah menerima cek dari point yang anda kumpul semasa menjawab survey. Setakat ini, saya telah mendapat cek sebanyak 2 kali melalui survey yang pihak GlobalTestMarket emailkan. Kali pertama saya mendapat cek dalam bentuk nilai (RM) Ringgit Malaysia. Untuk cek kali Ke-2, saya mendapat cek dalam nilai USD iaitu sebanyak 50USD. Cek ni dah lama saya terima tapi lambat untuk saya tunaikan kerana ada di antara 2-3 bank yang saya call tidak dapat menerima cek dari luar negara. Saya cuba mendapatkan info dari google, dan ternyata ramai juga yang menghadapi masalah seperti saya dan kebanyakkannya dari Indonesia. 

Saya cuba mendapat kepastian daripada Maybank dan satu berita gembira yang saya terima apabila Maybank dapat menunaikan cek saya ke Ringgit Malaysia dan yang paling penting mesti mempunyai akaun Maybank. Bagaimanapun, duit akan terus dimasukkan ke dalam akaun kita dan mengambil masa paling lama sebulan. Alhamdulillah, dalam masa terdekat saya akan ke Maybank untuk tunaikan cek daripada GlobalTestMarket. Mungkin cek yang akan datang, saya akan tebus menggunakan Paypal sahaja, dan bank di Malaysia yang boleh tukarkan nilai dalam akaun Paypal ke akaun bank Malaysia ialah hanya RHB. Nampaknya untuk masa yang akan datang, saya terpaksa membuka akaun RHB untuk menunaikan duit saya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...