Hari Jumaat yang berkat ini, kami sekeluarga dan mertua akan menghadiri kenduri kahwin cousin En suami iaitu Nurul Ain & Suami di One City, Subang Jaya. Majlis bermula pukul 8 malam tetapi kami kelewatan selama 20 minit kerana semua jalan jem. Biasalah hari jumaat semua rakyat Malaysia masih berkerja selepas bercuti CNY yang panjang.
Upacara majlis bermula pukul 8.30 malam dan majlis berjalan dengan lancar. Setelah selesai upacara sesi bersua muka, kami dijemput makan dengan menu pada malam itu ialah nasi beriani, kambing masak rempah, sweet & sour dori fish fillet, rendang ayam, pajeri nenas, mango salad dan berserta hidangan manisan sagu berkuah. Semua menu malam itu di sediakan oleh Bizmilla Catering owner bintang AF iaitu Mila Jirin. Saya sangat berpuashati dengan semua pakej menu syt katering pada malam itu yang ternyata cukup sedap.
No comments:
Post a Comment