Monday, November 2, 2015

Nasi Ayam Mc Za

Anak-anak saya suka akan nasi Ayam. Boleh dikatakan setiap bulan mesti menu nasi ayam akan saya sediakan untuk 4 orang anak saya. Dari tak minat sangat nasi ayam, saya pun dan semakin suka nasi ayam sebab dah biasa makan dan buat sendiri. Ada cerita yang membuatkan saya kurang berminat kerana bau yang hanyir keluar apabila tidak mencuci dengan bersih. Ini terjadi apabila saya makan di luar. Sejak dari itu, saya kurang memesan nasi ayam, cukup la anak-anak saya sahaja. Bau sudah membuatkan saya tidak selera untuk merasa. Tetapi, sejak berjinak2 memasak sendiri, dah jadi lain. Saya semakin suka nasi ayam. Cara kita memasak dari mula2 menyediakan pun sudah berbeza dan tidak akan hanyir macam kat sesetengah kedai di luar... Jom layan nasi ayam saya.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...