Pertama kali dapat melawat bekas negara komunis membuat hati saya teruja kerana peluang ini bukan sentiasa dapat. Kali ni saya dapat mengikut suami pergi ke Vietnam atas dasar kerja. Suami saya memang sentiasa ke sana untuk bekerja di cawangan tempat dia bekerja. Saya menggunakan perkhidmatan MAS dan menginap di Sofitel Hotel.
Tempat pertama yang saya ingin pergi di Ho Chi Min City ialah Ben Tham Market. Saya banyak mendengar melalui kawan2 dan online mengenai kain cotton yang murah di pasar itu. Saya dapat membeli kain cotton dengan murah sekali berbanding harga di pasaran Malaysia agak mahal dan berbeza dengan harga yang saya dapat di sana. Sekiranya tidak sempat ke Ben Tham Market pada sebelah siang, kita boleh berkunjung di Night Market pada malamnya. Night Market hanya terletak bersebelahan di Ben Tham Market sahaja.
No comments:
Post a Comment