Tuesday, December 30, 2014

PARIS 2014

Selepas sehari di Venice, pada malamnya kami akan bertolak ke Paris menggunakan train dan akan tinggal di sana selama 3 hari 2 malam. Kami memang bercadang untuk bermalam di atas train kerana perjalanan dari Venice ke Paris agak lama. Suhu semasa di Venice terlalu sejuk dan kami terpaksa memakai baju tebal. Untuk ke Paris, suami telah menempah tiket online ketika masih di malaysia lagi dan memang mengambil satu cabin yang mempunyai dua katil double decker. Tidur bukan menjadi keutamaan kpd kami tapi keselesaan yg penting memandangkan kami berpasangan dan perjalanan ke Paris mengambil masa yang agak panjang.

Di Kota Paris kami menempah satu rumah yg mempunyai 2 bilik dan mempunyai dapur untuk memasak dan washing machine untuk mencuci baju. Di Paris ti dak susah mencari bekalan bahan mentah untuk memasak kerana rumah yang kami tinggal berdekatan dengan kedai bahan mentah yang halal seperti ayam, daging, dan keperluan dapur yang lain. 



















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...