Pagi Sabtu ni, En suami ajak pergi beli kari Zainul Nasi Kandar kat PJ State. Asalnya nak ke HSBC untuk tukar duit syiling ke mesin deposit duit syiling. Selesai urusan kat HSBC, kami terus ke Zainul Nasi Kandar untuk membeli kari dan akan di bawa pulang untuk makan. Restoran Zainul sangat terkenal dengan hidangan kari nasi kandarnya. Setiap kali ke PJ, saya mesti suruh en suami makan kat sana kerana karinya special dengan pekat dan ayam goreng yang crispy menyelerakan saya. Bertambah saya makan nasi tengahari tadi, alhamdulillah, sedap sangat2, kari nasi kandar yang paling best setakat ni.
No comments:
Post a Comment