Tenghari ni saya hanya goreng bihun untuk anak2 dan En suami. Asyik makan nasi je, makan bihun goreng pun sedap. Malam nanti saya plan nak buat Italian Cream Horn sebab petang dah janji nak pi joging dengan En suami. Kuih ni menggunakan acuan khas berbentuk kon dan acuan ada di jual di bakeri. Bagaimanapun, saya tidak sempat untuk membeli acuan kon ni lagi. Saya hanya membuat kon ni secara manual menggunakan kertas keras dan di balut dengan pembalut aluminium. Aduan kuih ini menggunakan pastry dan saya telah membuat sendiri adunan ini kerana setiap kedai yang saya pergi semua kehabisan. Pertama kali membuat adunan pastry ini tidak mengecewakan dan sangat membanggakan saya kerana inilah kali pertama saya menyediakan sendiri.
Bihun goreng
Italian Cream Horn
Sebelah malam, En suami nak makan sate, dia pergi ke hentian Guthrie dekat sate Hj Samuri tapi panjang dan ramai pula orang beratur. Akhirnya Satay Station je lah yang tak ramai orang. Satay Station pun sedap juga. Jom layan..
Satay Station, Star Avenue
No comments:
Post a Comment