Monday, January 18, 2016

Kopi oh Kopi

Saya dan suami adalah penggemar kopi dan saya mula terjebak sejak suami yang selalu membawa balik kopi dari Vietnam. Sejak dari itu, minat saya terhadap kopi menjadi2 sehingga sanggup membeli pelbagai jenis kopi untuk dicuba. Negara Vietnam antara pengeluar kopi terbaik dunia dan kopi mereka sangat sedap dan bermutu tinggi. Kopi Vietnam didatangkan dalam pelbagai jenis, antaranya kopi serbuk, kopi pracampur, kopi cecair asli yang di botolkan. Saya juga ada membeli kopi buatan Malaysia antaranya Nescafe Blend and Brew, kopi pracampur keluaran tempatan. Saya lebih suka menikmati kopi dengan mencampurkan susu lemak manis atau susu segar. 

Kalau sehari tidak minum kopi saya rasa tidak kena kerana aura dan baunya membuat kita terus ingin meminumnya. Suami saya hanya meminum kopi 'O' kosong panas tanpa gula. Beliau lebih suka mencampurkan 1-2 titik stevia sebagai pengganti gula. Saya baru belajar membuat 'Latte' sendiri untuk kepuasan meminum kopi susu. Walaupun tidak sehebat barista terlatih, kepuasan adalah satu pengalaman berharga bila sudah pandai membuat 'Latte' sendiri. Sekarang di sekitar tempat tinggal saya sedang timbul trend jual kopi ais pelbagai perisa, antaranya mocha, cappuccino, latte dan arabica. Harga wajib rm5 sebekas besar dan rasanya boleh tahan sedap juga. Anak2 selalu memesan menggunakan penghantaran ke rumah untuk di nikmati bersama. 

Kopi2 ni dari online shopping untuk anak2 saya





Wonda Kopi Dari Jepun






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...