Tengahari ni masak lauk simple je, ikan kembung stim limau nipis. Lauk stim sangat bagus untuk kesihatan kerana ia bebas dari lemak. Kebanyakkan menu dalam masakan menggunakan santan, dan ia adalah penyumbang lemak kepada tubuh badan kita dan mungkin kita boleh mendapat kolestrol yang tinggi. Mulai tahun 2016, saya cuba untuk memasak makanan untuk family saya berasaskan makanan berkukus demi kesihatan kami. Anak2 saya sangat suka kalau masak stim sebab rasa limau, serai, bawang dan halia sangat menyelerakan. Tapi kena letak kuah lebih sebab dia orang suka minum sup tu nanti.
ikan kembung stim limau nipis
No comments:
Post a Comment