Tuesday, December 1, 2015

Swimming Class Dekat Akram Academy, Pusat Akuatik Shah Alam

Sempena cuti sekolah ini, anak2 hendak belajar swimming. Kebetulan saya search online jumpa satu akademi renang di Pusat Akuatik Shah Alam iaitu Akademi Renang Akram. Jadi saya telah mendaftar utk anak2 saya pada hari ini 1 Disember hingga 4 Disember selama 4 hari bermula 10 pagi selama 1 jam. Anak2 sangat teruja kerana mereka belum pernah menghadiri kelas renang sebelum ini. Kelas ini terpaksa di tunda dari tahun lepas lagi yang telah tergendala memandang saya pergi bercuti ke Eropah. Tahun ini saya tidak bercuti kemana-mana dan ingin memenuhi keinginan mereka yang asyik bertanya bila hendak pergi kelas swimming. 

Bayaran kelas utk 4 hari sangat berpatutan. Hanya RM70 termasuk pendaftaran. Walaupun 1 jam sehari tetapi, anak2 saya cepat pandai. Walaupun tak semahir perenang tapi sekurang2nya ada basic di dalam ilmu berenang. Coach2 Akademi Renang Akram sangat berpengalaman dan ternyata walaupun 4 hari anak2 saya sudah pandai menyelam dan tahan nafas di dalam air..Alhamdulillah, misi berenang sudah selesai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...