Saturday, October 31, 2015

Sedap juga rupanya Cubes Pizza

Macamana boleh tahu tentang Cubes Pizza? Tu la pasal, memang tak pernah kenal dan tahu tentang Cubes Pizza ni. Asalnya nak order daripada Food Panda tapi tak ada pula penghantaran ke kawasan tempat tinggal saya. So, sebagai caranya, saya pun cuba cari kedai yang paling dekat dengan Subang Airport. La, ada rupanya kat Ara Jaya area Lembah Subang iaitu, Jalan PJU 1a/41b, Pusat Dagangan Nzx, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Yeay!! Dapat juga try pizza dan pasta walaupun takeway. Baru tahu..rupanya sedap. Tapi pizza dia berbeza, ada yang square dan yg bulat mcm pizza 2 lain di Malaysia ni. Dah la murah, sedap lagi tu..kira boleh berjimat seperti saya yang ada 6 org ahli dlm rumah ni. Harga murah dan berpatutan dan yang paling penting sedap!!! Ini antara menu yang saya order hari tu..jom telan air liur.

Garlic bread pun sedap, banyak tu

Beef Pepperoni Pizza

Mozarella Cheese Sticks

Original Marinara Beef Fetucinni


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...